Alhamdullah, 15 minggu berlalu selama zuriat ummi dan abi berada di alam rahim.
Hari Rabu lepas, ummi presented seminar entitled ‘ Hydrocephalus’. Alhamdulillah, walaupun berdiri lama, tapi, ummi mampu present satisfiedly. Abi kata , ‘ kecik-kecik lagi anak kita dah ada pengalaman present kat audience’. Moga zuriat ini menjadi anak soleh wa musleh. Amin.
Jumaat, tunggu abi balik dari KL. Selamat pulang abi ke pangkuan ummi dan adik baby.
Sabtu, ummi ada seminar entitled varicose vein and venous embolism. Kali ni, bukan ummi yang present. Mak cik2 yang lain pula. Berdebar juga pergi class today, sebab takut dengan Prof Nasser Amjad, hepatobiliary surgeon yang agak strict and study-oriented person.
Lepas je seminar around 12 pm, abi ambil ummi dari JHC dan balik ke rumah. Sian Abi, ari ni agak sibuk sikit. Yelah, abi jadi committee utk program student ke Mesir yang mana programnya diadakan ari ni. Tapi, abi balik Kuantan juga. May be rindu pada Ummi dan mujahid kami kot.
Petang, kami bertolak ke Jerantut, memenuhi undangan kenduri kesyukuran Abg Mi dan Kak Mah (Abang Abi) sempena anaknya, Abang Ihsan yang akan further study ke Republik of Chad in medical school there. Congrats to Ihsan. Moga jadi doc yang berbakti pada Agama dan berlandaskan syariat Allah.
Rabu, Allah ingin menguji Ummi. Kereta Ummi dilanggar orang. Alhamdullah, kereta tak rosak dan ummi still ok. Cuma, mb anak ummi je yang terkejut. Ummi maafkan mak cik yang langgar kete ummi tu. mak cik tu pun tengah pregnant juga. Tak sampai hati ummi nak marah atau minta ganti rugi dari dia. Ummi mula memahami perasaan ibu mengandung. Alhamdullah, Allah beri kesempatan pada ummi untuk bergelar ibu mengandung.
Rabu malam- abi balik rumah. Ambil EL. Risau dengar ummi accident. Lagipun, jumaat nanti abi akan offshore for 2weeks. So, before offshore, balik rumah dulu, lepaskan kerinduan pada ummi dan zuriat kami. Jzkk abi atas keprihatinan dan kasih sayang abi pada kami berdua.


Recent Comments