1y 3m 3w 7d

23 05 2011

Hari yg penuh ceria mjadi milik kami.alhamdulillah,subhanallah.
-as usual.every morning,adam n mama temankn papa ambl darah n injection gcsf
-adam mgamuk lagi hari ni.alkisahnya,papa n adam jalan2 hirup udara pagi yg segar di sekeliling umah.adam tengok rats,butterfly.adam suka kejar bfly.tp,papa nak siap2 pg husm.punyalah adam mgamuk once papa masuk rumah.
-adam suka kacang merah yg ada dlm pulut pagi
-ada patut adam nak gelekkan muka mama yg tgh solat asar dgn penggelek tok ummi
-adam tido awal today.mb penat byk main.





1y 3m 4w 6d

23 05 2011

Syukur dan alhamdulillah atas kurniaan kehidupan utk hari ini dari Allah utk diri Adam,mama n papa. Tika ini,mama n Adam tengah menunggu papa pergi daycare husm utk ambl darah n injection Gcsf.
-adam dah pandai sebut Allah dgn jelas.subhanallah
-td,sblm dtg husm,mama n adam singgah kat kedai ayam che ngah.adam ni bijak betul.pandai je dia straight je pg ke laci duit n ambl duit rm5. Tp sayangnya,duit tu dah koyak sbb anak mama mmg kreatif.
-sambil2 waiting for papa,adam sempat lg habiskan 3kpg biskut teddybear.
-ptg ni,Adam mgamuk sakan sebab mama xbagi dia main notebook papa.natijahnya,once dah bg adam tonton cd cintai allah cintai islam ,subhanallah,3hours non stop,sampaikan adam xtido petang.





1 tahun 4bln

21 05 2011

Alhamdulillah,Adam kini makin kreatif.
-jika ada brg2 yg dia sorok,make sure minta tlg dia carikan,iA,akan jumpa.semalam adam sorokkan purse tok ummi dlm bilik ayah su,so,pagi tadi bila tok ummi tcari2 purse,adam yang jumpa.
-sebelum ni,adam hanya terer offkan stand fan,tapi,today adam dah pandai on kipas.
-tengahari tadi,ada ular lidi masuk dlm umah,adam tengok ayah su pegang kayu n rotan.apalagi,adam pun nangis2 nk buat jg.mama geli ttg ular2 ni.
-petang ni,ayah ngah pasang nasyid sultan muhammad alfateh,subhanallah,penuh minat adam dengar nasyid tu.
-mama ajarkan adam bila sebut allahu akbar,angkat tangan dgn penuh semangat.





week 17 POA

11 12 2009

Sepanjang minggu ni, ummi dan anak ummi berada di Kelantan. Subhanallah. Terasa indah hidup ini di samping keluarga yang disayangi. Makan minum dilayan macam puteri raja. Rezeki untuk anak ummi kan?

Ahad- ziarah atuk dan nenek di Peralla, Tanah Merah.





Week 16 POA

11 12 2009

Abi fly ke Miri. Fiamanillah abi. Moga berjumpa lagi. Insya Allah, esok dah 1 Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan, maghfirah dan diampunkan doa hamba2Nya. Ummi berazam untuk berpuasa  penuh even dalam keadaan seperti ini. Moga anak ummi dan abi pun menjadi kuat juga, sekuat keimanan Abu Bakar dan Umar Al-Khatab. Amin.

Sabtu, alhamdullilah, seharian berpuasa. Hanya mengulang kaji di rumah since this coming Monday and Wed are end posting exam for surgery. Bi taufiq ummi.

Monday- theoeretical exam. So, Alhamdulillah. Allah permudahkan.

Wed- Clinical exam. Long case- bladder Cancer with prof Nasser Amjad. Short case – ileo-conduit with bladder cancer with dr Khairulsalleh dan Mr Hamid. Petang, bertolak balik ke pangkuan ummi dan abah di KB. Pertama kali bawa anak ummi long journey by bus. 





week 15 POA

11 12 2009

Alhamdullah, 15 minggu berlalu selama zuriat ummi dan abi berada di alam rahim.

Hari Rabu lepas, ummi presented seminar entitled ‘ Hydrocephalus’. Alhamdulillah, walaupun berdiri lama, tapi, ummi mampu present satisfiedly. Abi kata , ‘ kecik-kecik lagi anak kita dah ada pengalaman present kat audience’. Moga zuriat ini menjadi anak soleh wa musleh. Amin.

Jumaat, tunggu abi balik dari KL. Selamat pulang abi ke pangkuan ummi dan adik baby.

Sabtu, ummi ada seminar entitled varicose vein and venous embolism. Kali ni, bukan ummi yang present. Mak cik2 yang lain pula. Berdebar juga pergi class today, sebab takut dengan Prof Nasser Amjad, hepatobiliary surgeon yang agak strict and study-oriented person.

Lepas je seminar around 12 pm, abi ambil ummi dari JHC dan balik ke rumah. Sian Abi, ari ni agak sibuk sikit. Yelah, abi jadi committee utk program student ke Mesir yang mana programnya diadakan ari ni. Tapi, abi balik Kuantan juga. May be rindu pada Ummi dan mujahid kami kot.

Petang, kami bertolak ke Jerantut, memenuhi undangan kenduri kesyukuran Abg Mi dan Kak Mah (Abang Abi) sempena anaknya, Abang Ihsan yang akan further study ke Republik of Chad in medical school there. Congrats to Ihsan. Moga jadi doc yang berbakti pada Agama dan berlandaskan syariat Allah.

Rabu, Allah ingin menguji Ummi. Kereta Ummi dilanggar orang. Alhamdullah, kereta tak rosak dan ummi still ok. Cuma, mb anak ummi je yang terkejut. Ummi maafkan mak cik yang langgar kete ummi tu. mak cik  tu pun tengah pregnant juga. Tak sampai hati ummi nak marah atau minta ganti rugi dari dia. Ummi mula memahami perasaan ibu mengandung. Alhamdullah, Allah beri kesempatan pada ummi untuk bergelar ibu mengandung.

Rabu malam- abi balik rumah. Ambil EL. Risau dengar ummi accident. Lagipun, jumaat nanti abi akan offshore for 2weeks. So, before offshore, balik rumah dulu, lepaskan kerinduan pada ummi dan zuriat kami. Jzkk abi atas keprihatinan dan kasih sayang abi pada kami berdua.





Larian 100m dalam womb Ummi

10 08 2009

8 Ogos 2009

Rindunya ummi nak mengetahui perkembangan zuriat kami. Dah dua minggu ummi tak scan adik Adam.Tapi, mungkin ada hikmahnya. Sebab last week, one of ummi’s lecturer said that, ‘ The use of ultrasound during pregnancy  is not proven academically, whether it is dangerous or safety. But, it already use widely and commonly.’ Terkedu juga ummi mendengarnya. Dalam hati asyik bertanya, betul ke? Kalau macam tu, kesian la pada baby ummi dan abi ni. Bismillah tawakkal ‘ala Allah.

 Kiranya, hari ni,  baby Ummi dah berusia 14 weeks.Alhmdullah, sudah melepasi first trimester yang agak critical for adaptation ie morning sickness and also for the growth of the fetus ie vital organ-spine, lungs, skeleton and so on. So, in theoretical, the second trimester ni, if ultrasound done, can detect the fetal anomaly such as spina bifida, musculoskeletal defect and the most important thing for the parent-to-be is to know the sex of the fetus. Tambah2 lagi bagi abi dan ummi, nak kekalkan panggil adik Adam atau adik Khaulah.

Memandangkan abi is not from the medical site, so, ummi discuss dengan abi nak pergi ultrasound  zuriat kami kat Pusat Rawatan Keluarga Al-Farabi. Kesian la abi, every time ummi scan masa follow up kat O&G Clinic HTAA, abi tak berkesempatan. Yelah, abi kan keje jauh. So, previously, hanya ummilah yang dapat lihat zuriat ummi by ultrasound. Even the obstetrician printed the USG result, and ummi emailed to abi, but it is too difference. Tambahan pula, by 14 weeks, the fetus should move active in the gestational sac. Like swimming in the amniotic pool. But, externally, ummi tak dapat rasa lagi kicking manja dari zuriat ummi. Sabarla ummi ye…

So, after solat magrib di masjid Bukit Sekilau, ummi dan abi terus menghala ke Klinik Al-Farabi. Regist dan dapat angka giliran 97. Subhanallah, now, 81. Ya Allah, sabarla. Dan kami pun bersabarlah. Sambil borak-borak, saling bertukar cerita dan usik mengusik.Around 10 45pm, barulah nama ummi dipanggil. Subhanallah, cepatnya masa berlalu. Dah 2 ½ hours kami menunggu.

Jumpa Dr at room 1. Dr Azian namanya. Alhamdullah, very kind and supportive doctor. First question yang dr Tanya, ‘hari pertama period bila?’. So, ummi pun terus repharase that question. Sebab ummi nak jimatkan masa and because ummi tahu soalan yang dimaksudkan tu adalah LMP (last menstrual period).

So ummi pun terus question Dr pula,’LMP ke dr?’.

 ‘Aa,ooo ni keje kat mana?’

‘Saya tak keje lagi. Final year student kat IIUM.’

‘Kalu macam tu, senangla saya komunikasi. Final year pun dah lepas O&G posting kan?’

‘Aa, dah lepas masa 3rd year dulu, tapi, final year ni belum tiba rotationnya. O&G posting masa EDD (expected date of delivery) nanti.’kata ummi sambil tersenyum.

‘Abahnya (dr refer pada abi) orang minyak.’

‘Ye Dr. Keje kat KLCC.’ Sambung ummi. Masa tu abi senyum je.

‘ Jomla kita scan,’ sambil berlalu ke bilik scanner. Abi dan ummi ikut sekali.

Sebab ni kali yang ke-7 ummi USG anak ummi, so, macam dah biasa. Terus baring atas katil and expose apa yang patut. Dr Azian macam terkejut juga dengan tindakan ummi tu. Sbb Dr tak suruh lagi buat macam tu, tapi, ummi proactively buat macam tu. Nak kejar masa.

‘Nurul ni semangat orangnya,’ kata Dr.

‘Dah biasa Dr,’sahut ummi. Abi berdiri di kiri Dr.

Sebaik sahaja Dr meletakkan probe USG tu at suprapubic area, subhanallah, ummi Nampak zuriat ummi dengan actively move dalam amniotic pool. Abi kata ‘ adik baby macam tengah cycling dalam womb ummi’. Kepala, tangan, dan kaki active bergerak. Sehinggakan dr nak measure BPD(biparietal diameter) pun agak susah juga.Subhanallah,abi terpegun dengan apa yang abi lihat tu. Dalam hati abi, ‘ patutlah pregnant mother agak penat, sebab baby dalam womb bergerak macam lari 100m. Memang laju la’. Syukran abi kerana memahami hakikat seorang ibu mengandung.

‘Dr, Nampak tak sex baby saya’, Tanya ummi.

‘Too earlyla nurul (refer pada ummi). Selalunya 5 bulan tu memang clearly seen. Sabar ye..’ jawab Dr

Untuk adik baby, kini dah berukur lilit kepada 35.7 mm dan tulang peha sepanjang  12.3 mm.

Subhanallah wa syukur lillah dengan nikmat pun Ya Allah….





Pengorbanan abi

7 08 2009

15 July 2009

Abi bertekad juga nak balik. Nak memujuk ummi dan nak tengok progression zuriat kami. Ummi macam rasa bersalah, tapi, jauh di sudut hati, nak sangat abi berada di sisi saat-saat macam ni. Alhamdulillah, mungkin ini yang terbaik untuk kami.

Abi balik dengan menempuh seribu kesusahan. Taxi dari PERMATA ke stesyen komuter Bangi. DariKl Central ke Pekeliling. Abi naik bus kul 130 pm. Alhamdulillah.

Penantian ummi dan kerinduan ummi untuk berjumpa abi makin membuak-buak tatkala dapat sms dari abi, ‘Sayang, abang dah sampai gambang’. Hilang rasanya sakit dan kesedihan yang ditanggung ini. Mana taknya, inilah perpisahan ummi dan abi yang paling lama- 12 days selama kami sama-sama mengemudi bahtera Bait Muslim ni.

Alhamdulillah, jam 415pm, abi sampai kat depan masjid KIPSAS. MC Zuaini dan ummi pergi ambil abi kat sana. Kesian abi, tunggu ummi dalam kepanasan dan di bawah bayang pepohonan. Entah, kenapa tiba-tiba rasa malu dan segan pula bila nak berhadapan dengan abi. Malu-malu sayang.

Kami terus pulang ke rumah sebaik sahaja menghantar Mak Cik Zuani ke UIA. Abi dan ummi bersama adik Adam.  Rindunya saat-saat berdua-duaan dalam kereta.

Petang dan malam nya, abi dan ummi hanya berehat kat rumah aje. Demi anak ummi dan abi tersayang…





OS dah open ???

23 07 2009

14 July 2009

Hari ni ummi dah buat appointment dengan O&G specialist IIUM, Dr Ziana. Insya Allah, ummi nak pergi ultrasound dan consult tentang zuriat kami.Sebabnya, dah 2-3 hari ummi mengalami pervaginal bleeding.Not continuous bleeding, but just spotty je.Yelah, sapa tak risau tentang zuriat ni. Anugerah Allah yang wajib dididik dan diberi hak-haknya termasuklah hak kesihatannya.

Sampai je kat O&G Klinik HTAA, ummi terus jumpa kawan2 a.k.a mcik2 yang tgh posting O&G skrang. Mcik Tim, Mcik Aliah and Mcik Raihan. Mcik2 ni tengah tagging with Dr Suhaiza, one of iium O&G Specialist.

Dr Suhaiza macam pelikla bila ummi masuk ke biliknya dengan white coat dan buku2 surgery ummi. Dr Suhaiza kata ‘eh, awak pun posting ni juga ke?.Ramainya anak murid saya’.

Ummi senyum je sambil mengeleng kepala.

Mcik Tim mencelah,’ ni mother to be,dr’

Dr Suhaiza terus jawab,’ oo, nak scan ke? Naiklah kat atas katil tu. Tak de patient ni.Saya boleh scankan’

Alhamdulillah, Allah permudahkan utk ummi. Tak payah tunggu lama2 kat klinik tu.

Di pendekkan cerita…

‘Os awak ni dah open la. Tgk tu( sambil jari dr tunjuk2 kat screen US) mcm ada blood clot kat dlm os tu.Tapi, fetal heart masih ada.Crump-Rump-length correspond to date.’

Ummi mengakui berita itu adalah benar. Sebab ummi lihat sendiri pada screen US. Hypoechoic at the lower part of uterus. Hypoechoic maybe disebabkan oleh blood ataupun liquid.

Ya Allah, satu berita yang amat mengejutkan ummi. Os dah open??? Oh ye, os tu adalah pintu rahim. Waktu biasa2 ni, os sentiasa tutup. Cuma, time deliver je akan soft and open. Tapi, kenapa os ummi terlalu awal utk open. Baru 10w 3d?

Apa yang bermain dalam benak ummi masa tu, adakah zuriat ummi akan pergi meninggalkan ummi dalam masa terdekat ni? Ya Allah, kuatkan semangat hambaMu ini. Kurniakan kesihatan dan kekuatan untuk zuriat ini meneruskan pengembaraan di alam rahim hambaMu ini.

Lps je US, Dr Suhaiza explain pada ummi tentang treatened miscarriage. Natural course, most common kat primid.Why it is occur? Actually, unexplainable even by consultant. Tapi, dont worry, fetal heart still there. About 80% will survive.Awak kena banyakkan berehat. Jangan banyak bergerak.

Mcmn dr, saya tgh posting surgery ni. Kena bergerak2.’tanya ummi pd Dr

‘Tulah awak, sapa suruh pregnant masa belajar.Xpela, pandai2la awak rehat je’.Cadang dr

Insya Allah,moga-moga  zuriat ummi termasuk dalam 80%  tu.

Kluar je dari O&G Klinik, ummi terus call abi. Mengadu pd abi.Kesian abi, tengah2 berPIPE diganggu ummi. Tapi, abi antara dengar dan tak dengar je. Faham dan xfaham. Sebabnya, ummi terlalu sebak menceritakan keadaan zuriat kami ni.

Abi kata,’ tak pelah, kalau adik adam(panggilan abi pada zuriat ni. Mb abi nak sangat mujahid kot) pergi juga, kita redhala ye. Allah dah bagi nikmat pada kita merasai kehadiran adik adam selama 10w3d.Insya allah,adik adam akan datang lagi.’Masa tu ummi dah nangis2 dah. Malu juga kat kwn2 sbb masa tu ummi kat surau ACC(Ambulatory Care Centre, HTAA).Tapi, perasaan kasih seorang ummi-to-be tak dapat menafikan kesedihan tu.Walaupun zuriat ni masih 1st trimester, tapi, kasih dan sayang ummi tumpah pada adik adam.

Abi sempat lagi berpesan pada adik adam,’ adik adam, jangan nakal2 ye. kesian ummi dan abi. Adik adam janganlah main sorok2 dengan ummi dan abi ye.Ummi dan abi saayaaaang pada adik adam’.

Lepas solat zuhr, ummi terus balik rumah. Mcik Zuaini datang ambil ummi kat ACC. Dalam perjalanan balik rumah tu, ummi terfikir and revise ummi punya O&G knowledge. Ummi rasa macam nak apply je McDonald Suture kat cervical ni. Sbb, suture tu mmg indicated utk nak prevent miscarriage.Tapi, mcam tak logic nak apply utk primid. Sbb suture tu apply utk kes2 cervical incompetency.Xpela, ni kan natural course.

Petang tu, ummi sms Dr Ziana, another O&G iium specialist.’Dr, is it posibble for os to close if it is open?’

Reply sms dr Ziana,’Imposibble to close, usually end up with miscarriage. Tapi, kena access betul ke os dah open.Entah2 blood clot je’

Ummi terus nangis dan nangis. Call abi. Tangis teresak2 lagi bila online dgn abi.Hantar sms pd Ustazah Hayati dan Mcik Min. Ustazah call, tapi, xblh nak cakap. Memang sebak sangat. Sebak bila terbayangkan zuriat ummi akan pergi.Tak sanggup rasanya kehilangan zuriat penambat cinta ummi dan abi ni.

Masa tu ummi sorang2 kat rumah. Lagilah sebak dan sayu. semuanya bercampur baur. Mcik Zuaini balik ke IMC jap, nak ambil MCik Taufiqiah.

Malamnya, ummi macam dah ok sikit. ada Mcik Zuaini dan Mcik Taufiqiah yang temankan ummi. Pastu, Mcik Min dan ustazah datang menziarahi ummi dan adik adam.

Malam tu, abi call ummi lagi. Abi kata, Insya Allah, abi nak balik esok. Ummi kesian juga kat abi. Sebab terpaksa ponteng PIPE.Tapi, ummi pun memang nak kan abi hadir di saat ummi macam ni. Ummi pun dalam dilema. Tapi, dalam phone tu, ummi cakap je,’Abang, balikla cepat ye.Kalau Allah takdirkan Adik Adam pergi juga, sayang nak Abang uruskan jenazah zuriat kita.’Sedih dan sebak nak melafazkan kata-kata tu. Tapi, ummi gagahkan juga, sebab ketentuan Allah, sapa yang tahu. Tambahan pula, ummi memang rasa sakit. Macam contraction pain. Kejap sakit kejap ok.Tapi, naluri ummi, masih mengatakan, Insya Allah, Adik Adam kuat.

Malam tu, ummi tidur dalam air mata. Asyik terjaga2 je. Sebab sakitkat suprapubic.Dalam masa yang sama, ummi berdialog dengan adik adam,’ Adik adam yang ummi dan abi sayang. Jangan pergi awal ye. Duduklah dengan ummi. Ummi sayang pada adik adam.Sedih ummi bila adik adam pergi. Abi dah jauh dari ummi. Pastu, adik adam pula nak pergi jauuuh dari ummi. Kesianlah, nanti ummi tinggal sorang2. Sayang ummi jangan pergi ye.Ummi sayang adik adam’.

Moga zuriat ini tabah dalam menelusuri alam rahim ni. Amin.





Permulaan jalan bahagia

13 07 2009

Assalamualaikum wbt

Akan ummi nukilkan perjalanan hidup ini dalam www.izzazahir.wordpress.com sebagai hadiah yang tak ternilai untuk zuriat-zuriat abi dan ummi…

Suka duka kehidupan yang dilalui bersama abi adalah anugerah ALLAH yang paling bernilai untuk ummi. Dari kehidupan bujang sehingga dilamar atuk dan nenek dan kini, mengandungkan zuriat pertama ummi membuatkan ummi lebih menghargai, menyayangi dan mencintai abi dengan sepenuhnya.Cinta sesama makhluk adalah fatarmorgana, ummi sedar akan hakikat itu. Tapi, cinta dan kasih yang abi berikan adalah segala-galanya untuk ummi. Sukar untuk ummi lafazkan betapa sayangnya ummi pada abi, tak ternilai dengan kata-kata ini. Dari sehari ke hari cinta ummi pada abi makin padu, tambahan pula bila ditinggalkan keseorangan kini.

Untuk zuriat abi dan ummi, ketahuilah, kehadiran kalian adalah di saat-saat abi dan ummi saling jatuh cinta dan rindu-merindui. Saling berbaik sangka dan cuba mengerti diri pasangan masing-masing. Abi dan ummi sayangkan kalian.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.